Mengenai Kami



Syarikat ini didaftarkan dalam bentuk pemilikan tunggal pada 5 Oktober 2011 di Kuala Lumpur dan beralamat di 58-3-10, Pangsaria Condominium, Jalan 1/125A, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, syarikat ini menawarkan perkhidmatan penulisan, pengurusan acara dan perkhidmatan perundingan (hiburan).
Syarikat ini mempunyai empat orang kakitangan tetap dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian pengurusan, operasi dan acara.
Berdasarkan pengalaman cemerlang yang ditunjukkan oleh setiap kakitangan syarikat ini, pelbagai perkhidmatan khususnya dalam dunia hiburan dan acara dapat dilaksanakan mengikut kehendak pelanggan.


Perakuan Pendaftaran Syarikat




Pengarah Urusan





Juan Danza memulakan karier dalam dunia hiburan tanah air sebagai penulis di majalah URS pada tahun 2004, sebelum berkhidmat di majalah i-Remaja, Aksi Akademi Fantasia dan terakhir sekali di meja hiburan, akhbar Metro Ahad sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri, JD Ideas yang memberi perkhidmatan sebagai Perunding Perhubungan Awam di bahagian domestik, Universal Music Malaysia dan Perunding Acara di Worldwide Far East Berhad.
  Ketika di arena penulisan, beliau banyak menulis mengenai dunia hiburan tanah air seperti ulasan lagu dan album, perkembangan dunia muzik tanah air dan banyak lagi. Malah, beliau juga banyak memberi sumbangan dalam perkembangan kerjaya artis tempatan.
  Sepanjang berkhidmat dalam dunia hiburan tanah air, sering dijemput sebagai panel jemputan dalam beberapa program bual bicara seperti Generasi Y, Fenomena Seni dan Diari EXT Akademi Fantasia.
  Selain menulis di syarikat penerbitan, beliau turut melibatkan diri dalam kerja produksi. Antaranya One In A Million musim ketiga (8TV), Akademi Fantasia, Serasi Bersama dan Katanya... (Astro). Beliau juga pernah menyumbangkan ideanya sebagai penulis lirik lagu untuk penyanyi Dayang Nurfaizah (album Dayang 2007), lagu duet Alif dan Ika AF6 berjudul Tiada Rasa dan Azyza dari Singapura menerusi lagu Tiada.
  Beliau juga adalah salah seorang rakan kongsi di syarikat J Squared, sebuah syarikat perunding acara yang pernah mengendalikan beberapa acara besar seperti The Major Flash Mob Dance for Maxis i-Phone 3Gs di KLCC suatu ketika dulu, selain Twisties Flash Mob di Bukit Bintang yang menggabungkan tiga elemen iaitu gabungan vokal, percussion dan band sebagai kejutan di khalayak.  Kini syarikat itu telah dibubarkan sebelum beliau menubuhkan JD Ideas.