Tuesday 18 August 2015

JD Ideas 2016

Konsert Rock Raya bersama Amy Search, Awie dan Black di S2 Centrio, Seremban 2







Sempena Syawal 2015 ini, Seremban dimeriahkan dengan persembahan tiga nama besar dalam industri seni tanah air menerusi Konsert Rock Raya bertempat di S2 Centrio, Seremban 2.

Dianjurkan syarikat pemaju hartanah IJM Land, konsert yang dijayakan Amy Search, Awie dan Black Hanifah ini diadakan pada 15 Ogos bermula jam 7.30 malam.

Konsert percuma ini turut dimeriahkan dengan kemunculan pelawak Kumpulan Jambu yang dianggotai Tauke dan Yus sebagai hos.

Menurut Awie yang ditemui pada majlis sidang akhbar konsert berkenaan yang diadakan di Saujana Duta, hari ini, konsert ini memberi peluang kepadanya untuk meraikan Aidilfitri bersama peminat.

"Saya tidak mahu berkongsi banyak buat masa ini berkenaan corak persembahan yang bakal ditunjukkan di pentas Konsert Rock Raya nanti, tetapi yang pasti saya, Amy dan Black akan memberikan kelainan dalam acara ini.

"Saya harap masyarakat Seremban dan sekitarnya akan turun beramai-ramai untuk bersama-sama pada malam itu," ujar pelantun lagu Halaman Asmara ini.

Black Hanifah yang turut ditemui dalam majlis sama juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk membuat persembahan bersama dua legenda rock tanah air itu.

Meski pun dia bukanlah penyanyi yang dilabel sebagai penyanyi rock, Juara Mentor musim ketiga itu membuat perancangan rapi mengikut kesesuaian acara berkenaan.

"Kebanyakan lagu saya bukanlah berirama rock, tetapi untuk persembahan kali ini saya akan berbincang dengan penggubah muzik untuk memberikan sentuhan rock kepada lagu yang dipersembahkan.

"Ini bersesuaian dengan peminat Amy dan Awie yang berjiwa rock, saya harus membuat persembahan seiring dengan kehendak semua penonton," ujarnya.

Ketiga-tiga mereka juga dijadualkan membuat persembahan secara berkumpulan untuk beberapa lagu, termasuk lagu raya yang sering menjadi siulan ramai.

Pengurus Besar Kanan Wilayah Tengah IJM Land, Hoo Kim See juga menyatakan kegembiraannya memandangkan syarikat berkenaan ingin berkongsi kemeriahan Syawal bersama masyarakat setempat khususnya penduduk Seremban 2.

"Konsert ini diadakan sebagai hadiah kepada orang ramai yang menyokong syarikat kami sejak 20 tahun lalu.

"Sebagai tanda penghargaan ulang tahun penubuhan IJM Land, kami menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir dan berhibur bersama penyanyi pujaan ramai ini," kata Hoo.

Konsert berdurasi tiga jam ini turut dijayakan dengan penglibatan Sinar FM sebagai radio rasmi dan persembahan pembukaan oleh Adam AO dan Nadia Hasnan.

JD Ideas bertindak di bahagian pengurusan artis, publisiti dan pegawai perhubungan awam untuk konsert ini.

Friday 28 October 2011

Pelancaran Filem 'Misteri Jalan Lama' di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Persediaan Acara





**********










Pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd(TUSB) telah mengadakan acara "Konvoi Misteri Jalan Lama bersama SMART Tunnel dan Keicarmania". Acara promosi bertujuan mempromosi filem terbaru terbitan TUSB, filem "Misteri Jalan Lama". Acara tersebut merupakan julung kali diadakan dengan kerjasama Lebuhraya SMART.


Sebanyak 80 buah kereta mini kompak yang telah menyertai konvoi yang bermula pada jam 3 petang  di SMART Tol dan melalui jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan berakhir di Tasik Titiwangsa. Acara ini dilepaskan secara berperingkat di lorong SMART Tol oleh Ketua Pegawai Operasi SMART Encik Mohd Fuad Kamal Arifin dan Pengurus Besar TUSB, Cik Gayatri Su Lin Pillai.

Filem "Misteri Jalan Lama" arahan Afdlin Shauki ini, dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Hans Isaac, Liyana Jasmay, Namron, Corrie Lee , Marion Caunter, Vanida Imran dan ramai lagi. Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysi pada 24 November 2011.

Jom saksikan gambar sekitar kemeriahan "Konvoi Misteri Jalan Lama bersama SMART Tunnel dan Keicarmania".



Dipetik daripada http://www.tupai.com.my