Perkhidmatan

MISI SYARIKAT


  • Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam apa jua tugasan yang diberikan dan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Membuktikan tenaga muda yang bernaung bawah syarikat ini boleh menjalankan tugas dengan efisyen dan mampu menyaingi syarikat lain sedia ada.
  • Mencari idea baru dan berlainan dengan pesaing yang ada, sesuai dengan keadaan semasa.
  • Menjalankan peniagaan berteraskan adat resam Malaysia dan berwajah tempatan, namun tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.
  • Melatih tenaga muda yang berbakat dan memiliki keupayaan dalam menjalan tugas khususnya mereka yang mempunyai minat dalam bidang yang ditawarkan syarikat.
  • Bekerjasama dengan sebanyak mungkin individu atau syarikat yang lebih berpengalaman untuk menaikkan imej syarikat sebagai pemberi perkhidmatan yang efisyen.



PERUNDINGAN PERHUBUNGAN AWAM, PENGURUSAN ARTIS DAN ACARA

Bermula Ogos 2010, JD Ideas berkhidmat sebagai Perunding Perhubungan Awam di syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia. Mengendali dan menguruskan bahagian domestik syarikat itu, syarikat ini berpengalaman bekerjasama dengan artis naungan UMM termasuk Anuar Zain, Ning Baizura, Ana Raffali, 6ixth Sense, Alleycats, Spider, Maya Karin, Sarah Raisuddin, Sepahtu, The Malayan dan ramai lagi.
  Sepanjang pembabitan dalam syarikat ini, perkhidmatan yang diberikan termasuk perkhidmatan penulisan, pengurusan artis, penganjuran acara dan strategi pemasaran.
  Antara acara besar yang pernah dianjurkan termasuk Universal Night 2011, Pelancaran Album Ning Baizura danSpider, sidang akhbar, pembabitan dalam acara anugerah dan banyak lagi.


PERUNDINGAN ACARA

JD Ideas turut berpengalaman sebagai Perunding Acara untuk sebuah syarikat berhad iaitu Worldwide Far East Berhad bermula Mac 2011.
  Pelbagai acara telah dijalankan termasuk Fiesta Belia 1Malaysia yang diadakan di MAEPS, Serdang pada Julai 2011. Selain itu, turut dianjurkan ialah Shuffle King Championship 2011 yang diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
  Pelbagai acara perasmian, sidang akhbar, usahasama dengan stesen radio dan televisyen pernah diadakan sepanjang perkhidmatan di syarikat multi-juta ini.


PENGANJURAN ACARA BESAR

Ketika Pengarah Urusan, Juan Danza masih bersama J Squared, pelbagai acara pernah dijalankan untuk pelanggan seperti Maxis, Hotlink dan Twisties.
  Antaranya ialah Major Dance Flash Mob pada tahun 2009 di Suria KLCC sempena pelancaran telefon bimbit pintar iPhone 3GS. Selain itu, Dance Flash Mob untuk persiapan konsert Beyonce tajaan Hotlink juga dilakukan.
  Kemudian, gabungan tiga elemen iaitu vokal, genderang dan band untuk Irretwistible Flash Mob telah diadakan di Bukit Bintang untuk Twisties.


PERKHIDMATAN PENULISAN

Pelbagai jenis penulisan ditawarkan kepada pelanggan termasuk artikel berita, rancana, skrip, lirik lagu, siaran akhbar dan sebagainya.
  Antara pengalaman yang pernah diberikan menerusi khidmat ini ialah penulisan majalah URS, i-Remaja, Aksi Akademi Fantasia, akhbar Metro Ahad dan laman web JomStar.
  Untuk penulisan skrip dan perundingan kreatif rancangan televisyen, antara rancangan yang pernah disertai ialah One In A Million musim ketiga, Katanya.. Akademi Fantasia dan Serasi Bersama.
  Penulisan novel untuk filem Jin Notti terbitan KRU Studios juga pernah dijalankan namun tidak diterbitkan.

PERKHIDMATAN REKABENTUK DAN PERSEDIAAN ACARA

Pelbagai keperluan untuk menjalankan acara juga disediakan bagi melancarkan sesuatu program. Perkhidmatan seperti penyediaan rekabentuk dan cetakan pelbagai juga disediakan mengikut kehendak pelanggan. 
  Tempahan cenderahati mengikut kehendak pelanggan turut disediakan, selain khidmat nasihat dari segi kesesuaian barangan untuk sesuatu majlis.
  Antara majlis yang pernah diberi khidmat ini termasuk Fiesta Belia 1Malaysia, Pelancaran Album Spider, Universal Night 2011 dan sebagainya.